celoteh eiyahhh !

Friday, 21 March 2014

Teori Pemusatan Insan Carl Rogers

 

Teori pemusatan klien berasaskan konsep psikologi kemanusiaan. Rogers (1942) membuat andaian bahawa manusia ialah individu yang boleh dipercayai, mempunyai potensi untuk memahami diri mereka sendiri dan menyelesaikan masalah sendiri tanpa campur tangan daripada ahli terapi. Mereka boleh menggalakkan perkembangan diri mereka jika mereka menjalani hubungan teraputik yang khusus. Pada peringkat awal lagi Rogers menekankan pentingnya sikap dan ciri-ciri yang perlu dimiliki oleh seorang ahli terapi dan hubungan antara klien dengan ahli terapi yang berkualiti sebagai asas penting bagi menentukan kejayaan dan keberkesanan proses kaunseling yang teraputik. Seterusnya, beliau menegaskan bahawa perkara lain yang perlu dimiliki oleh ahli terapi ialah pengetahuan daripada aspek teori dan penguasaan teknik yang teraputik.
Konsep penting
Pandangan tentang sifat manusia.
Rogers (1942) telah memperkenalkan teori umum bahawa kepercayaan asas tentang kebolehan klien untuk bergerak ke hadapan dalam keadaan yang membina jika terdapat suasana yang menggalakkan perkembangan. Beliau percaya bahawa jika seseorang itu mendapati teras dan kekuatan dalam dirinya maka orang tersebut dapat menemui kepercayaan di dalam diri. Ini merupakan tumpuan utama cirri-ciri positif di dalam diri seseorang.
Menurut Rogers (1987), manusia boleh diberi kepercayaan, tahu mencari jalan, boleh memahami diri mereka sendiri, boleh membuat perubahan yang membina dan boleh menjalani kehidupan yang berkesan serta menghasilkan sesuatu yang baik. Apabila ahli terapi dapat benar-benar menghubungi dan menyelami kehidupan klien yang sebenar secara mendalam, mengambil berat, member perhatian, dan tidak berat sebelah dalam memahami klien, maka besar kemungkinan klien akan mengalami perubahan yang ketara.
Rogers (1987) menolak andaian bahawa manusia ialah individu yang tidak boleh dipercayai,perlu dipaksa, digalakkan, diarahkan, didenda, diberi penghargaan, dikawal, dan diuruskan oleh orang lain yang lebih berkuasa,lebih tinggi kedudukannya atau pakar dalam bidang tertentu. Ia yakin bahawa manusia memang dari mula lagi sudah mempunyai satu kecenderungan dan keupayaan semula jadi untuk berkembang peringkat demi peringkat menuju ke arah nirwana kendiri.
Beliau menekankan bahawa terdapat tiga sifat ahli terapi yang boleh mewujudkan suasana menggalakkan pembinaan diri seseorang sehingga membolehkan mereka bergerak maju, menjadi apa yang mereka mahu dan boleh lakukan. Tiga sifat itu ialah :
a) Kongruens (Keikhlasan dan ketulenan)
b) Penerimaan tanpa syarat (sedia menerima dan mengambil berat)
c) Empati (kebolehan menyelami secara mendalam perasaan orang lain
Menurut Rogers (1987), jika semua sifat ini digunakan oleh kaunselor, klien akan menjadi lebih berdikari, lebih terbuka terhadap diri sendiri, tidak bersangka buruk dalam kehidupan dan dapat bergaul dalam masyarakat dengan cara yang lebih membina.
Matlamat Kaunseling
1. Bertujuan untuk menyediakan peluang, keadaan yang bebas dan membentuk suasana yang membolehkan mereka mengambil bahagian dan terlibat dalam penerokaan kendiri yang bermakna. Apabila seseorang itu dibiarkan bebas, barulah mereka boleh berfikir untuk mencari suatu jalan penyelesaian sendiri.
2. Mencabar klien membuat perubahan yang membawa mereka kepada kehidupan yang sebenar-benarnya . Kesedaran ini memerlukan usaha yang gigih daripada klien untuk mengatasi masalah yang dihadapi secara berterusan. Manusia akan berusaha secara berterusan untuk membaiki diri dalam proses mencapai kesempurnaan kendiri. Secara amnya, manusia tidak pernah berasa puas hati dengan tahap pencapaiannya.
Teknik
- Mendengar, menerima, menghormati, memahami dan bertindak balas. Kecenderungan menggunakan satu teknik sahaja akan mengakibatkan sesuatu perhubungan menjadi kaku. Teknik tersebut harus berdasarkan perasaan jujur ahli terapi, dan bukan secara was-was.
Proses Teraputik
Matlamat teori pemusatan klien bertujuan untuk menimbulkan perasaan bebas dan bersepadu bagi diri setiap individu. Terapi ini berpusat pada klien, bukan sekadar tentang masalah yang diluahkan oleh klien. Menurut Roger (1977) matlamat terapi bukan sahaja untuk menyelesaikan masalah tetapi lebih daripda itu iaitu membantu klien dalam proses perkembangan agar mereka dapat menghadapi dan mengatasi masalah pada masa kini dan masa hadapan.
Menurut Rogers mereka yang terlibat dengan proses terapi sering bertanya :
Bagaimana saya boleh menjadi diri saya yang sebenar?
Bagaimana saya hendak mengenal diri saya sendiri ?
Bagaimana saya boleh menjadi apa yang saya impikan ?
Tujuan asas teori pemusatan klien adalah untuk mencipta suasana yang kondusif dalam usaha membantu klien menjadi seorang yang dapat berfungsi dengan sepenuhnya, rogers (1961) menyatakan beberapa cirri manusia yang menuju ke arah kesempurnaan kendiri :
i) Kesediaan menerima,merasai,dan mengalami reality sebenar
ii) Yakin pada diri sendiri
iii) Klien dipandu perasaan dan pemikiran sendiri
iv) Kesediaan untuk terus berkembang
Ahli terapi tidak memilih matlamat khas untuk mereka tetapi mengutamakan pandangan klien agar mereka dapat menjelaskan matlamat mereka sendiri.
Fungsi Kaunselor
i. Membantu merapatkan hubungan antara ahli terapi dengan klien
ii. Klien bebas untuk meneroka kehidupan mereka sama ada mahu bercakap benar atau berpura-pura
iii. Kurang bersikap defensif diri, lebih bersikap terbuka,bersedia menjalinkan hubungan intim dengan klien, sering bertemu,meneroka alam,bersikap penyayang,hormat-menghormati dan terbuka.
Hubungan antara ahli terapi dengan klien
Menurut rogers, terdapat enam keadaan yang akan membawa kepada perubahan personaliti :
I. Dua orang individu yang mempunyai perhubungan psikologi
II. Klien yang tidak kongruens serta mengalami kerisauan
III. Ahli terapi yang kongruens
IV. Ahli terapi menerima klien tanpa sebarang syarat
V. Ahli terapi merasai apa yang dirasa,dilihat, dialami klien dan berusaha menyampaikan perasaan, persepsi dan pengalaman klien
VI. Klien hendaklah merasai, melihat,dam mengalami bahawa ahli terapi memang sedia menerima tanpa syarat
Rogers menekankan tiga sikap ahli terapi yang amat penting bagi menjamin mewujudkan satu perhubungan yang berkesan. Antaranya ialah :
a) Keikhlasan diri dan kongruens
- Sikap kongruens merupakan sikap yang paling penting. Kongruens bermaksud hubungan ahli terapi dan ahli klien yang tulen semasa sesi kaunseling dan bersungguh-sungguh mahu memberi tumpuan kepada masalah yang dihadapi. Ahli terapi perlu mempunyai sifat ikhlas dan tidak berpura-pura.
- Ahli terapi yang kongruen mampu untuk meluahkan perasaan secara sukarela dan ikhlas sama ada perasaan marah, kecewa, dan sebagainya tetapi tidak terlalu keterlaluan.
b) Penerimaan tanpa syarat
- Sikap ini dapat menentukan rasa selesa pada diri klien.
- Diri klien dapat diterima oleh ahli terapi dengan sebenar-benarnya sama ada baik atau buruk tanpa mengenakan syarat. Sikap peka dan ambil berat tentang masalah yang diluahkan oleh klien memberi peluang kepada klien untuk bebas meluahkan perasaannya.
- Semakin mendalam perasaan ambil berat, penerimaan nilai terhadap klien maka peluang perubahan pada diri klien semakin baik.
c) Empati
- Ahli terapi hendaklah berusaha keras untuk merasai pengalaman secara subjektif
- Empati ini dapat menggambarkan bahawa ahli terapi dapat memahami perasaan klien dan seolah-olah dia juga merasakan apa yang dirasai oleh klien.
- Hasil empati akan menjadikan klien lebih yakin kepada diri sendiri.
- Langkah-langkah empati ahli terapi kepada klien adalah :
i. Memberi perhatian dan menghargai pengalaman kepada klien
ii. Pengalaman klien diproses secara kognitif dan fizikal
iii. Melihat pengalaman lampau klien dari sudut yang baru
iv. Membaiki pandangan klien
v. Memberi keyakinan kepada klien dalam membuat keputusan di masa depan
p/s :  sedia untuk peperiksaan kaunseling kelompok :)

Saturday, 28 December 2013

Kaunseling oh Kaunseling


Kemahiran Mendengar (Listening Skills)
Kemahiran berkomunikasi
Kemahiran mendengar
Halangan mendengar
Kemahiran bertanya
Jenis pertanyaan
Strategi bertanya
Etika komunikasi
Bacaan
Interpersonal (Bab 2 dan 3
The Interpersonal Comunication (Bab 4 dan 5)
Effective Listening

Kemahiran Berbahasa

Mendengar
Bertutur
Membaca
Menulis

Kemahiran Menerima Komunikasi (Membaca, Bertutur)
Kemahiran Menyampai Komunikasi (Membaca, Menulis)

Apakah itu mendengar?
Asas mendengar: dengan telinga
Deria lain: mata, mulut, hati

Langkah pertama
Konsep diri
Pendedahan diri
Kaedah Mendengar
Berikan seluruh tumpuan kepada apa yang dikatakan
Pandang dan tenung klien: pelajar atau rakan yang sedang dilawan berkomunikasi.
Ketahui perkara utama yang sedang diperkatakan.
Dengar dengan teliti ayat dan perkataan yang mengandungi perkara penting yang diperkatakan.
Jangan sekadar mendengar!

Mendengar Secara Aktif
Persekitaran
Mesej yang hendak disampaikan
Maklum balas, bagi mengetahui sama ada si penerima menerima mesej anda

Langkah-langkah penting apabila mendengar secara aktif

Apabila kita didatangi oleh klien, berhentilah melakukan apa yang dilakukan ketika itu.
Ia mengambil masa yang panjang, jangan menerima tugas mencerap sekiranya tidak ada masa yang mencukupi.
Jangan kemukakan nasihat kita kepadanya kecuali dipinta.
Beri tumpuan kepada klien saja, jangan kaitkan apa saja yang sedang dialaminya itu dengan pengalaman kita.

Aktiviti Mendengar

Dengar (terima)
Fahami
Ingat
Menilai
Membalas

Dengar

Beri tumpuan kepada kata-kata yang didengar.
Perhatikan bahasa badan penutur.
Dengar apa yang diucapkan dan apa yang tidak diucapkan.
Tumpukan kepada penutur.
Jangan mencelah.
Hentikan sebarang gangguan yang ada (telefon, bermain dengan pensil, dll).

Fahami
Kaitkan yang didengar dengan maklumat yang kita sudah tahu.
Fahami apa kata klien itu dari sudut pandangannya, bukan pandangan kita.
Tunggu sampai klien selesai bercakap, baru buat penilaian.
Minta lebih banyak penerangan dan maklumat.
Ulang apa yang dikatakan oleh klien, tetapi gunakan perkataan kita sendiri.

Ingat

Kenal pasti perkara-perkara penting yang diperkatakan.
Ringkaskan apa yang diucapkannya.
Ulang nama-nama dan perkara-perkara yang penting pada diri kita.

Menilai

Jangan menilai sebelum orang itu selesai bercakap
Bersangka baik
Minta penjelasan lanjut jikalau kita tidak bersetuju
Bezakan antara fakta, pendapat peribadi atau andaian
Kenal pasti kalau ada prasangka, kepentingan diri dan sikap berat sebelah, menyebabkan orang itu berkata begitu

Memberi maklum balas
Tunjukkan sikap mendokong, gunakan perkataan kata seperti: ya, iya, hm, hm …
Bahasa badan seperti: mengangguk-angguk, memandang klien.
Bersikap jujur: sama ada bersetuju, tidak bersetuju
Gunakan ayat-ayat "saya."

"Saya rasa cara kedua lebih mahal daripada cara pertama."
" Saya fikir kita perlukan cara-cara lain yang lebih murah."

Halangan mendengar
Tidak memberi perhatian (bercakap di telefon)
Kerana mahu berhujah atau bertelagah (Aku hendak kata …)
Memilih, tidak berminat mendengar semua (Aku hendak dengar skandal dia … )
Memikirkan hal lain (….)
Melakukan sesuatu (bermain pensil … )
Mencelah perbualan (Apa jadi … )

Mendengar dengan empati

Meletakkan diri kita dalam keadaan klien.
Dengarlah dengan memahami makna yang tersembunyi (meta komunkasi, judul yang dominan.
Tunjukkan kita mendengar apa yang diucapkan dan memahaminya.

Memberi respons dengan berempati

Memberi nasihat yang diperlukan.
Membuat penilaian terhadap tindakan orang yang dicerap.
Menyatakan analisis kita tentang diri dan tindakan orang yang dicerap.
Memberikan respons mendokong (menyangga = sangga "topang").
Lebihkan mendengar, kurangkan bercakap.
Tumpukan kepada perkara-perkara yang menyentuh diri dan perasaan.
Biar dia luahkan dan fikirkan apa yang mahu.

Jangan sibuk memberitahu dia apa yang kita fikir dia sepatutnya fikir, rasa atau buat: "Saya rasa elok kamu fikir nasib …, Sia-sia saja kamu menangis …, Elok kamu jangan berkawan dengan dia …"
Jelaskan apa yang orang itu katakan berkenaan apa yang dia fikir dan rasai: "Maksud awak, awak bersedia memberi dia peluang lagi …, Mengapa awak fikir dia tidak akan mengubah tabiatnya?"
Lebihkan perhatian kepada apa yang orang itu rasai, bukan apa yang dimaksudkan: "Saya faham awak kecewa …,"

Jangan sibuk memberitahu apa pandangan kita: "Pada saya, ini masalah kecil ..., Awak tak perlu membesar-besarkan masalah begini ..."
Jangan tunjukkan sikap neutral atau objektif: "Awak mesti terima kenyataan dia ada hak untuk memilih ..., Awak tak boleh paksa dia …, Saya tak boleh masuk campur .., Ini urusan awak…, Awak terlalu menurut perasaan..., Awak mesti berfikir dengan rasional."

Kemahiran bertanya

Wujudkan iklim positif.
Dapat mencapai tujuan.
Biar pelajar memberi maklum balas.
Dapat meningkatkan kefahaman.
Membolehkan pemikiran menjadi jelas.
Meningkatkan saling persefahaman.

Jenis pertanyaan atau soalan
Terbuka.
Tertutup (ya, tidak).
Memperjelas.
Mengembangkan idea.
Memerlukan tindak balas.
Membuat andaian.
Menguji, mempercayai.

Ciri Iklim

Iklim positif dan negatif diakibatkan oleh komunikator.
Menghormati: gunakan sistem panggilan dan bentuk sapaan, perkataan hormat dan sopan.
Memberi kepercayaan kepada apa yang dikatakan.
Memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada apa yang dikatakan atau dilakukan.

Kaedah Mendengar Dan Memberi Respons Yang Sesuai

Memberi respons secara aktif.
Memberi respons berempati .
Langkah-langkah yang perlu bagi mencerap secara aktif.

Memberi Respons Secara Aktif

Kurangkan bercakap.
Pastikan tiada gangguan luar.
Elakkan daripada membuat sebarang penilaian awal.
Kenalpasti idea atau perkara utama yang dikemukakan oleh yang dicerap.
Membuat pertanyaan.
Membuat Pertanyaan

Soalan ikhlas boleh menjelaskan lagi maksud yang dicerap. "Awak kata dia baik hati? Boleh tolong jelaskan?"
Mengkaji fikiran, perasaan. Tanyakan soalan terbuka. "Apa perasaanmu terhadap dirinya sekarang?". Elakkan soalan yang memburukkan keadaan: "Adakah kamu berasa geram dengan perbuatannya itu?"

Menggalakkan penemuan (discoveries). Dengan demikian kita boleh mencari penyelesaian masalah yang dihadapi. Jangan beri nasihat jika tidak dipinta.
Galakkan orang yang dicerap membuat huraian yang lebih terperinci. "Ceritalah kepada saya lagi mengenai perkara tersebut?"
Kumpulkan lebih banyak fakta. Orang yang ditanya terasa dirinya penting dan dihargai. Samalah seperti pelajar yang suka bertanya menyebabkan kita suka.

Elakkan soalan tidak ikhlas.
Elakkan perlakuan merendahkan orang yang bercakap.
Soalan tidak ikhlas
Soalan yang ikhlas jika disampaikan dengan cara yang tidak betul boleh menjadi soalan tidak ikhlas. Misalnya:

1. Menunjukkan mimik muka yang bercanggah dengan soalan yang ditanya
2. Soalan dengan nada suara yang bercanggah dengan situasi ketika itu
3. Bergurau tidak kena tempat

Soalan tidak ikhlas
Soalan perangkap. Ada kalanya guru bertanyakan soalan-soalan yang memerangkap orang yang sedang dicerapnya (pelajar).
"Awak tak sukakan saya, betul tak?"
"Anak yang sulung berapa umurnya? Bila kamu bercerai? (Perangkap mahu tahu sudah berkawin)

Soalan tidak ikhlas
Menyalahkan orang yang dicerap. "Kamu menipu cikgu? Kamu pinjamkan buku kamu kepada Rahim?

Agenda tersembunyi. Orang yang dicerap serba salah memberikan jawapan: "Besok kamu sibuk tak? Kalau cikgu cakap sesuatu pada kamu, kamu marah tak?
Berdasarkan andaian tidak teliti, oleh itu orang yang dicerap tersinggung: "Mengapa kamu tidak mendengar nasihat saya?
Memerlukan jawapan "betul". Penanya tidak mahukan jawapan ikhlas. "Abang, saya ni gemukkah? Cantikkah baju saya ini?"

Langkah yang ikhlas
1. Membuat parafrasa, iaitu menyatakan semula dalam perkataan sendiri, mesej yang difikirkan ingin dinyatakan oleh orang yang dicerap: Contoh:
Murid: "Cikgu, saya mahu meminta maaf padanya tetapi saya malu."
Ckgu: "Kamu mahu meminta maaf tetapi malu padanya."
Cara memparafrasa yang lebih sesuai. Contohnya,
Murid: "Cikgu, saya mahu meminta maaf dengannya tetapi saya malu."
Cikgu: "Kau mahu berbaik semula dengannya. Begitu?"

2. Memparafrasa dengan mengubah kata-kata orang yang dicerap. Contoh:

Rahman: "Wanita yang mahukan taraf yang sama dengan lelaki adalah wanita yang tidak bercita-cita tinggi."
Julia: "Kau tak sukakan wanita yang sebegitu kerana mereka mengada-ngada. Betulkah?"

3. Memberi contoh mengenai apa yang dinyatakan oleh orang yang dicerap. Contoh:

Wong: "Cikgu, saya tak sangka Lingam tu boleh buat perangai macam tu semalam.
Guru: "Lawaknya melukakan perasaan kamu?"

4. Memberikan gambaran tentang tema kata-kata orang yang dicerap. Contoh:

"Awak asyik mengatakan kepada saya tugas awak masih belum selesai.
"Adakah awak bimbang dimarahi oleh ketua awak?"

Respons Yang Tidak Bermakna
Respons Kosong (Impervious response)
Respons Menganggu / Mencelah (Interrupting response)
Respons Tidak Relevan (Irrelevant response)
Respons Sekilas (Tangential response)
Respons Impersonal (Impersonal response)
Respons Bercelaru (Incoherent response)
Respons Bercanggah (Incongruous response)

1. Respons Kosong

Respons yang tidak memberi sebarang petanda (muka kosong-tak bercakap langsung) Tidak ada tanda verbal dan non-verbal (selamba saja) Contoh:
Aminah: "Saya suka ucapan awak tadi, menarik perhatian dan bernas".
Ali: (Tiada respons, verbal atau bukan verbal)

2. Respons Mencelah
Anda memotong atau mencelah percakapan komunikator sebelum klien selesai bercakap. Contoh:
Aminah: "Saya ada satu berita yang menarik ..."
Ali: "Oh, pasal pasaran saham tu, indeks komposit turunlah….."

3. Respons Tidak Relevan

Anda berusaha mengalihkan tajuk perbicaraan tanpa ada hubungan sama sekali dengan apa yang didengar. Contoh:
Aminah: "Ketika kapal terbang kami mula mendarat tadi, tiba-tiba kami mendengar satu letupan di belakang. Mujur kami selamat sekarang"
Ali: "Tak kiralah sama ada kereta itu besar atau kecil, awak hendak naik dengan sayakah …"

4. Respons Sekilas

Anda memberi respons pada pernyataan yang didengar, tetapi dengan segera mengalih perbicaraan (hampir sama dengan respons tidak relevan). Contoh:
Aminah: "Saya berpendapat kita harus melaksanakan program itu demi kebaikan mahasiswa di UPSI ini."
Ali: "Saya setuju, pendapat itu baik, tapi, malam esok Datuk K berkahwin dengan Sitilah!".

5. Respons Impersonal
Anda memberi komen dengan menggunakan kata ganti orang ketiga. Contoh:
Aminah: "Awak suka tak dengan dia?"
Ali: "Orang tak sukalah."

6. Respons Bercelaru

Anda berbicara dengan kalimat-kalimat yang tidak tersusun dan tidak lengkap. Contoh:
Aminah: "Saya tidak suka pelajar lelaki di sini berlagak."
Ali: "Yalah… kadang-kadang tu…. er… memang mereka berlagak tapi mereka, baik juga sebab mereka suka membantu perempuan, temberang… dan kalau… er, awak tidak suka mereka kenapa. Itulah pasal…… lelaki memang macam itu… tetapi …susahlah henda bercakap sebab saya lelaki juga. Maaflah."

7. Respons Bercanggah

Anda menyampaikan respons lisan yang bertentangan dengan respons bukan lisan. Contoh:
Aminah: "Maafkan aku Lie…."
Ali: "Hah, itulah awak. Dasar perempuan (marah tetapi suara mendatar). Asyik tahu minta maaf, . besok buat lagi. Kalau engkau buat lagi, . Aku akan, ... Baiklah ..."

Rumusan

Mendengar: aktiviti komunikasi yang paling kurang di ambil perhatian
Mendengar terdiri daripada komponen-komponen iaitu memilih, memberi tumpuan atau melayan, memahami, mengingat dan memberi respons.

Terdapat berbagai jenis tabiat pendengar yang lemah dan boleh mengakibatkan berbagai masalah dalam penerimaan maklumat dan seterusnya hubungan yang tidak baik di antara individu.

Mendengar aktif memerlukan banyak pengorbanan masa, tenaga dan perasaan.
Ia memerlukan kemahiran dalam memberikan respons yang empatik seperti membuat pertanyaan ikhlas dan memparafrasa.
Terdapat respons yang tidak memberi makna semasa kita berkomunikasi secara verbal.

Sunday, 27 October 2013

Yang Tertutup Itu Indah

Assalamualaikum, buat dirimu yang bergelar muslimah.

Suatu ketika, seorang gadis kecil bernama Dilah bertanya kepada Abinya,
“Abi, bisakah ceritakan padaku tentang muslimah sejati.”


Sang ayah pun menoleh kemudian sambil tersenyum ia berkata.
“Anakku, seorang MUSLIMAH YANG CANTIK bukanlah dilihat dari kecantikan paras wajahnya,melainkan dari kecantikan yang selalu terpancar dari hatinya.
“Oh, jadi muslim sejati seperti abi tidak melihat kecantikan luarnya ya ?” tanya Dilah kembali.



“Iya, insa’allah anakku. MUSLIMAH YANG MEMPESONA bukan dilihat dari bentuk tubuhnya yang mempesona, melainkan dilihat dari sejauh mana ia menutupi tubuhnya yang merupakan aurat baginya.” kata abi sambil tersenyum lagi.
“Lalu apa lagi abi ?”tanya Dilah pensaran.


MUSLIMAH YANG BAIK, bukan dilihat dari begitu banyaknya kebaikan yang ia berikan, melainkan dari keikhlasannya memberikan kebaikan itu.
“Terus !” Dilah semakin penasaran.



MUSLIMAH YANG MERDU bukan dilihat dari seberapa indah lantunan suaranya,
melainkan dari apa yang sering lisannya ucapkan.
MUSLIMAH YANG CERDAS, bukan dilihat dari keahliannya berbicara,
melainkan dari bagaimana cara ia berbicara dan apa yang ia katakana.



Sang ayah diam sejenak sembari melihat ke arah putrinya.
“Lantas apa lagi Abi?” sahut putrinya. Ketahuilah putriku…
MUSLIMAH YANG SANTUN, bukan dilihat dari keberaniannya dalam berpakaian,
melainkan sejauh mana ia berani mempertahankan kehormatannya.
MUSLIMAH YANG BERANI, bukan dilihat dari kekhawatirannya digoda orang dijalan, tetapi kekhawatiran akan dirinya yang membuat orang tergoda karena penampilannya.
MUSLIMAH YANG TABAH, bukan dilihat dari seberapa banyak dan besar ujian yang dijalani, tetapi dari sejauh mana dia bersabar dalam usaha bertakwa kepada Allah dan menjauhi segala larangan-Nya.
MUSLIMAH YANG GAUL, bukan dilihat eksistensinya dalam pergaulan, tetapi dari sejauh mana ia menjaga diri dari pergaulan.”



“Ada lagi Abi ?”tanya Dilah lagi.
“Satu lagi, MUSLIMAH YANG PENAKUT bukan dilihat dari ketakutannya dijauhi oleh sahabat – sahabatnya, melainkan takut jauh dari Allah swt.


“Subhanallah Abi, Dilah ingi…n sekali menjadi muslimah sejati.”sambil menghampiri Abinya.
“Kamu pasti bisa putriku.”sambil memeluk putrinya Dilah.





Cantiknya wanita kerana kejernihan wajahnya...
Manisnya wanita kerana senyumannya yang indah...Ayunya wanita kerana kesederhanaan lahiriahnya...Hebatnya wanita kerana keimanan & ketaqwaan yang teguh...Hiasilah peribadimu dengan ahklak yang terpuji...Nilai diri seorang Gadis Yang Bertutup...
" seindah hiasan adalah wanita solehah "
Renungkan dan Selamat Beramal






Thursday, 17 October 2013

Kem Kazen tak menjadi ? apakah ? :')

Assalamualaikum, hai hai. Apo kabar ? Sihat ke idok ? Alhamdulillah eiyah sihat tapi tak berapa sihat. Mesti nak tahu kan kenapa kem tak menjadi ? bhaha. Cer teka apa yg berlaku sebenarnya. Adakah kem ni tak seronok ke ? Kem ni tak berjaya ke ? Atau apa ? bhaha. Siannya korang nak berfikir, okey lah dipendekan cerita. Sebenarnya Kem Kazen Jati Diri 2/2013 ini menjadi cuma eiyah yg tak menjadi. herm. Sebenarnya semasa kem ini dijalankan pada 10 October yang lalu eiyah tidak dapat mengikuti sangat program ni, ehhh  cop kejap. Eiyah ikut tau bukan tak ikut, cuma keadaan eiyah yang sakit tak mengizinkan eiyah mengikuti beberapa program yang lasak seperti Jungle Traking , Halangan berhalangan dan banyak lagi. Masa kem di jalankan Eiyah kejo membuto je tu yg tak menjadi tu, sedihkan. Tetapi syabas dan tahniah buat kawan lain yang mampu melakukan segala aktiviti tersebut, Eiyah berasa bangga kerana kem kali ini sangat meriah walaupun suasananya agar kelam kabut sedikit. Tetapi apa-apa pun bersyukur terhadap Illahi kerana kem ini berjaya dijalankan selama 3 hari 2 malam di Kem Kazen Pergunungan Pulai, JohorBahru. Macam biasa lah sebelum Eiyah akhiri blog kali ini mari lah tengok gambar kami semasa disana yang dah siap Eiyah editkan. Apa-apa pun terima kasih buat Tika , Syifa , Erra , Shakey , Yana dan lain2 yang telah banyak membantu Eiyah semasa di sana :D

memori eiyah , tika dan shakey


first day , second day and last day 

Tuesday, 1 October 2013

OMG, Pendatang baru ! !

Hai , Assalamualaikum. Huh rasanya lama juga eiyah tak update blog ni. Rindu leeee ! haha ! Pejam celik dah masuk bulan October, cepatnya masa berlalu kan? Erm,, apa agaknya nak merepek kali ni ekhhh ? huhuhuhu. Okey lah kali ni Eiyah nak cerita pasal pendatang baru laa ataupun lebih sedop roomate baru Eiyah laaa, haha okey ke tidok ? Okey kan jelah ye sebab Eiyah memang tetap nak bercerita pasal budak ni. haha. Okey namanya Hamilia Binti Mohamed panggil Lia je tapi Eiyah panggil dia nenek tua, umur dia baru 18 tahun, kiranya junior Eiyah la. haha, perasan senior kejap. Jangan marah. hahahak ! Yang tak boleh blah nama nak seakan nama Eiyah, haish. huhu. Tak apa lah seakan tapi tak sama. 

     Budaknya ni boleh la tahan rupanya, yela ciptaan Allah semuanya cantik dan lawa kan, betol ke idok ? haha. Budak ni boleh dikatakan manja, periang dan paling kelakar perangai dia ni sama macam Eiyah banyak mulut sebab tu la boleh masuk dengan Eiyah. haha. Kalau tak memang Eiyah da tendang jejauh, kakakah ! hanya bergurau. Eiyah suka sakat budak Lia ni maklum lah dia ni adik-adik lagi kan, kira okey lah sakat dari di buli. Betol ke Idok ? ermmm, apa lagi ekkkhh ? Huh, ada lagi Eiyah suka amik gambar dak Lia nie tido. Dia tido memang kelakar tapi comel lah jugak, keja dia ni time orang membuta dia tak membuta tapi time kita membuta dia membuta tak best langsung. haish, tak apa lah nak buat camna kan. haha. Meh sini Eiyah tunjuk gambar dia tido. Hee. Jangan gi tahu sesiapa lak, kakakah ! 


Hahaha , amacam comel ke idok ? Comel lagi dari Kak Ton kan ? huhu, Inilah rupa Hamilia Mohamed kalau membuto. Eiyah memang suka ambil gambar dia time membuta sebab kelakar gila. Ramai tergelak tengok gambar ni. hee. Sorry ya nenek tua , akak saja nak perkenalkan awak kat kawan-kawan akak. Okey lah rasanya sampai sini saja lah untuk kali ini. Selamat tinggal semua , semoga berjumpa lagi di masa akan datang, ececeh. Sebelum tu jom tengok gambar kami berdua yang senget ni. hehe. Kbai.






Monday, 16 September 2013

Move On , Maybe :')

Lama rasanya tak merepek kat sini kan. Rindu nak merepek kat blog ni. Sebelum eiyah mulakan marilah kita mulakan dengan Bismillah dan Assalamualaikum semua, apa khabar ? Sihat ke idok ? hee. Eiyah sihat alhamdulillah je kat sini. Mesti semua tertanya apahal dak eiyah ni tertiba buat ayat move on , maybe ? betol idok ? haha. Sebenarnya ini lah ceritanya, eiyah dah rasa nak move on dengan boypren eiyah. Ehhh, bukan sebab dia tak baik atau dia ni ada pompuan lain. Tidok ekhhh, dak eiyad ni baik sangat-sangat, tapi eiyah rasa eiyah ni jahat sangat tak sesuai untuk dia sebab tu rasa nak move on je. Cooppp, tak ada lah jahat sampai eiyah ni curang ke apa, jangan salah faham udahhh ya. Haha. Tapi tulah ramai kekawan marah atas apa eiyah nak buat. Cuma eiyah nak tanya la kan. Dorang rasa ke apa eiyah rasa ? Dorang tahu ke apa yang jadi ? Dorang faham ke dengan hubungan kita orang ? Jangan tahu cakap je lah kan, fikir dulu sebelum bagi pendapat. Adakah pendapat tu bernas atau tidak. Masing-masing pernah alami masalah cinta jadi sebelum cakap fikir ya dulu kawan. Kadang-kadang kita tak tahu hati kawan kita ni terguris ke tidok kang tak pasal-pasal air mata dia mengalir. Nasib aku ni jenis masih boleh cool kalau tak mahu aku cekik sesorang sampai mampus. Hahaha. Jaga hati kawan bila nak berkata-kata sebab kerana mulut badan binasa. Nasib dak eiyad ni tak pernah ambil endahhh kata orang yang mulut puaka ni, kalau tak mahu aku pun down di buatnya. Btw I still love him but just want to friend for this time. Amik kau speaking da aku nok, hee. 

          Huh tak habis lagi ada satu lagi eiyah nak share, eiyah rasa nak move on je dengan kawan eiyah sorang ni. Herm, bukan apa. Eiyah tak kata eiyah baik dia jahat , cuma sekarang dia ni tak pandai jaga hati kawan main lepas je. Tapi kalau kena batang hidung menangis tak ingat dunia. Please lah sayang fikir sikit hati kawan-kawan kat sekeliling tuh, tahu kutuk/cari salah kawan tapi salah sendiri tahu tak ? Ayoyo. Suka gosip pasal kawan ini itu, bila membe tak suka satu orang kau pun nak join kan. Hello, kita bukan Malaikat, bukan RASULLAH nak judge seseorang. Belajar terima kawan kita la ya, awok pun belum perfect nak judge orang. Sorry lah jika terasa , saja nak mengingati satu sama lain. Okey tengok gambar kat bawah ni khas buat mereka-mereka semua yang tercinta dan tersayang :')


p/s : sebelum berkata-kata , cermin diri dulu okey. bye :')