celoteh eiyahhh !

Sunday, 27 October 2013

Yang Tertutup Itu Indah

Assalamualaikum, buat dirimu yang bergelar muslimah.

Suatu ketika, seorang gadis kecil bernama Dilah bertanya kepada Abinya,
“Abi, bisakah ceritakan padaku tentang muslimah sejati.”


Sang ayah pun menoleh kemudian sambil tersenyum ia berkata.
“Anakku, seorang MUSLIMAH YANG CANTIK bukanlah dilihat dari kecantikan paras wajahnya,melainkan dari kecantikan yang selalu terpancar dari hatinya.
“Oh, jadi muslim sejati seperti abi tidak melihat kecantikan luarnya ya ?” tanya Dilah kembali.



“Iya, insa’allah anakku. MUSLIMAH YANG MEMPESONA bukan dilihat dari bentuk tubuhnya yang mempesona, melainkan dilihat dari sejauh mana ia menutupi tubuhnya yang merupakan aurat baginya.” kata abi sambil tersenyum lagi.
“Lalu apa lagi abi ?”tanya Dilah pensaran.


MUSLIMAH YANG BAIK, bukan dilihat dari begitu banyaknya kebaikan yang ia berikan, melainkan dari keikhlasannya memberikan kebaikan itu.
“Terus !” Dilah semakin penasaran.



MUSLIMAH YANG MERDU bukan dilihat dari seberapa indah lantunan suaranya,
melainkan dari apa yang sering lisannya ucapkan.
MUSLIMAH YANG CERDAS, bukan dilihat dari keahliannya berbicara,
melainkan dari bagaimana cara ia berbicara dan apa yang ia katakana.



Sang ayah diam sejenak sembari melihat ke arah putrinya.
“Lantas apa lagi Abi?” sahut putrinya. Ketahuilah putriku…
MUSLIMAH YANG SANTUN, bukan dilihat dari keberaniannya dalam berpakaian,
melainkan sejauh mana ia berani mempertahankan kehormatannya.
MUSLIMAH YANG BERANI, bukan dilihat dari kekhawatirannya digoda orang dijalan, tetapi kekhawatiran akan dirinya yang membuat orang tergoda karena penampilannya.
MUSLIMAH YANG TABAH, bukan dilihat dari seberapa banyak dan besar ujian yang dijalani, tetapi dari sejauh mana dia bersabar dalam usaha bertakwa kepada Allah dan menjauhi segala larangan-Nya.
MUSLIMAH YANG GAUL, bukan dilihat eksistensinya dalam pergaulan, tetapi dari sejauh mana ia menjaga diri dari pergaulan.”



“Ada lagi Abi ?”tanya Dilah lagi.
“Satu lagi, MUSLIMAH YANG PENAKUT bukan dilihat dari ketakutannya dijauhi oleh sahabat – sahabatnya, melainkan takut jauh dari Allah swt.


“Subhanallah Abi, Dilah ingi…n sekali menjadi muslimah sejati.”sambil menghampiri Abinya.
“Kamu pasti bisa putriku.”sambil memeluk putrinya Dilah.





Cantiknya wanita kerana kejernihan wajahnya...
Manisnya wanita kerana senyumannya yang indah...Ayunya wanita kerana kesederhanaan lahiriahnya...Hebatnya wanita kerana keimanan & ketaqwaan yang teguh...Hiasilah peribadimu dengan ahklak yang terpuji...Nilai diri seorang Gadis Yang Bertutup...
" seindah hiasan adalah wanita solehah "
Renungkan dan Selamat Beramal






Thursday, 17 October 2013

Kem Kazen tak menjadi ? apakah ? :')

Assalamualaikum, hai hai. Apo kabar ? Sihat ke idok ? Alhamdulillah eiyah sihat tapi tak berapa sihat. Mesti nak tahu kan kenapa kem tak menjadi ? bhaha. Cer teka apa yg berlaku sebenarnya. Adakah kem ni tak seronok ke ? Kem ni tak berjaya ke ? Atau apa ? bhaha. Siannya korang nak berfikir, okey lah dipendekan cerita. Sebenarnya Kem Kazen Jati Diri 2/2013 ini menjadi cuma eiyah yg tak menjadi. herm. Sebenarnya semasa kem ini dijalankan pada 10 October yang lalu eiyah tidak dapat mengikuti sangat program ni, ehhh  cop kejap. Eiyah ikut tau bukan tak ikut, cuma keadaan eiyah yang sakit tak mengizinkan eiyah mengikuti beberapa program yang lasak seperti Jungle Traking , Halangan berhalangan dan banyak lagi. Masa kem di jalankan Eiyah kejo membuto je tu yg tak menjadi tu, sedihkan. Tetapi syabas dan tahniah buat kawan lain yang mampu melakukan segala aktiviti tersebut, Eiyah berasa bangga kerana kem kali ini sangat meriah walaupun suasananya agar kelam kabut sedikit. Tetapi apa-apa pun bersyukur terhadap Illahi kerana kem ini berjaya dijalankan selama 3 hari 2 malam di Kem Kazen Pergunungan Pulai, JohorBahru. Macam biasa lah sebelum Eiyah akhiri blog kali ini mari lah tengok gambar kami semasa disana yang dah siap Eiyah editkan. Apa-apa pun terima kasih buat Tika , Syifa , Erra , Shakey , Yana dan lain2 yang telah banyak membantu Eiyah semasa di sana :D

memori eiyah , tika dan shakey


first day , second day and last day 

Tuesday, 1 October 2013

OMG, Pendatang baru ! !

Hai , Assalamualaikum. Huh rasanya lama juga eiyah tak update blog ni. Rindu leeee ! haha ! Pejam celik dah masuk bulan October, cepatnya masa berlalu kan? Erm,, apa agaknya nak merepek kali ni ekhhh ? huhuhuhu. Okey lah kali ni Eiyah nak cerita pasal pendatang baru laa ataupun lebih sedop roomate baru Eiyah laaa, haha okey ke tidok ? Okey kan jelah ye sebab Eiyah memang tetap nak bercerita pasal budak ni. haha. Okey namanya Hamilia Binti Mohamed panggil Lia je tapi Eiyah panggil dia nenek tua, umur dia baru 18 tahun, kiranya junior Eiyah la. haha, perasan senior kejap. Jangan marah. hahahak ! Yang tak boleh blah nama nak seakan nama Eiyah, haish. huhu. Tak apa lah seakan tapi tak sama. 

     Budaknya ni boleh la tahan rupanya, yela ciptaan Allah semuanya cantik dan lawa kan, betol ke idok ? haha. Budak ni boleh dikatakan manja, periang dan paling kelakar perangai dia ni sama macam Eiyah banyak mulut sebab tu la boleh masuk dengan Eiyah. haha. Kalau tak memang Eiyah da tendang jejauh, kakakah ! hanya bergurau. Eiyah suka sakat budak Lia ni maklum lah dia ni adik-adik lagi kan, kira okey lah sakat dari di buli. Betol ke Idok ? ermmm, apa lagi ekkkhh ? Huh, ada lagi Eiyah suka amik gambar dak Lia nie tido. Dia tido memang kelakar tapi comel lah jugak, keja dia ni time orang membuta dia tak membuta tapi time kita membuta dia membuta tak best langsung. haish, tak apa lah nak buat camna kan. haha. Meh sini Eiyah tunjuk gambar dia tido. Hee. Jangan gi tahu sesiapa lak, kakakah ! 


Hahaha , amacam comel ke idok ? Comel lagi dari Kak Ton kan ? huhu, Inilah rupa Hamilia Mohamed kalau membuto. Eiyah memang suka ambil gambar dia time membuta sebab kelakar gila. Ramai tergelak tengok gambar ni. hee. Sorry ya nenek tua , akak saja nak perkenalkan awak kat kawan-kawan akak. Okey lah rasanya sampai sini saja lah untuk kali ini. Selamat tinggal semua , semoga berjumpa lagi di masa akan datang, ececeh. Sebelum tu jom tengok gambar kami berdua yang senget ni. hehe. Kbai.






Monday, 16 September 2013

Move On , Maybe :')

Lama rasanya tak merepek kat sini kan. Rindu nak merepek kat blog ni. Sebelum eiyah mulakan marilah kita mulakan dengan Bismillah dan Assalamualaikum semua, apa khabar ? Sihat ke idok ? hee. Eiyah sihat alhamdulillah je kat sini. Mesti semua tertanya apahal dak eiyah ni tertiba buat ayat move on , maybe ? betol idok ? haha. Sebenarnya ini lah ceritanya, eiyah dah rasa nak move on dengan boypren eiyah. Ehhh, bukan sebab dia tak baik atau dia ni ada pompuan lain. Tidok ekhhh, dak eiyad ni baik sangat-sangat, tapi eiyah rasa eiyah ni jahat sangat tak sesuai untuk dia sebab tu rasa nak move on je. Cooppp, tak ada lah jahat sampai eiyah ni curang ke apa, jangan salah faham udahhh ya. Haha. Tapi tulah ramai kekawan marah atas apa eiyah nak buat. Cuma eiyah nak tanya la kan. Dorang rasa ke apa eiyah rasa ? Dorang tahu ke apa yang jadi ? Dorang faham ke dengan hubungan kita orang ? Jangan tahu cakap je lah kan, fikir dulu sebelum bagi pendapat. Adakah pendapat tu bernas atau tidak. Masing-masing pernah alami masalah cinta jadi sebelum cakap fikir ya dulu kawan. Kadang-kadang kita tak tahu hati kawan kita ni terguris ke tidok kang tak pasal-pasal air mata dia mengalir. Nasib aku ni jenis masih boleh cool kalau tak mahu aku cekik sesorang sampai mampus. Hahaha. Jaga hati kawan bila nak berkata-kata sebab kerana mulut badan binasa. Nasib dak eiyad ni tak pernah ambil endahhh kata orang yang mulut puaka ni, kalau tak mahu aku pun down di buatnya. Btw I still love him but just want to friend for this time. Amik kau speaking da aku nok, hee. 

          Huh tak habis lagi ada satu lagi eiyah nak share, eiyah rasa nak move on je dengan kawan eiyah sorang ni. Herm, bukan apa. Eiyah tak kata eiyah baik dia jahat , cuma sekarang dia ni tak pandai jaga hati kawan main lepas je. Tapi kalau kena batang hidung menangis tak ingat dunia. Please lah sayang fikir sikit hati kawan-kawan kat sekeliling tuh, tahu kutuk/cari salah kawan tapi salah sendiri tahu tak ? Ayoyo. Suka gosip pasal kawan ini itu, bila membe tak suka satu orang kau pun nak join kan. Hello, kita bukan Malaikat, bukan RASULLAH nak judge seseorang. Belajar terima kawan kita la ya, awok pun belum perfect nak judge orang. Sorry lah jika terasa , saja nak mengingati satu sama lain. Okey tengok gambar kat bawah ni khas buat mereka-mereka semua yang tercinta dan tersayang :')


p/s : sebelum berkata-kata , cermin diri dulu okey. bye :')

Monday, 5 August 2013

Dugaan Bulan Ramadhan :')


Mesti tertanya gamba apa eiyah cuba tunjukkan ni. Herm, awek dlm gamba tu seksi kan ? haha ! herm. Assalamualaikum semua. Kali ni eiyah tak berapa ada mood tapi nak juga update blog, erm. Sebelum tu, amacam best tak bulan Ramadhan korang ? mesti best kan dan tak sabar nak raya kan ? herm. Eiyah pun rasa macam tu pada mulanya tapi akhirnya semuanya berakhir dengan kesedihan. Nak tahu kenapa? emmmmm ! macam ni ceritanya. haritu time balik KL nak melawat family tercinta tertiba adik nak buka notebook tertiba tengok notebook scrin dah pecah perh sedih gila rm 250 pasti melayang punya. sedih sangat time tuh, memg mengalir air mata dibuatnya ! :( gamba kat atas tu lah scrin notebook yang pecah tuh! sedih sesangat ! paling sedih , selepas seminggu notebook scrin pecah tutut handfone baby samsung ace pulak software lari perh memg sedih melayang lagi rm 50 eiyah, sedih sesangat. Dugaan bulan Ramadhan sungguh tahun ni. Herm, yang kelakar tertiba time nak bayar KFC untuk iftar tertiba wallet pulak rosak. haish,, eiyah mampu gelak jer sebab dah terlalu sedih memikirkan dalam satu minggu macam-macam dugaan eiyah dapat :( Eiyah hanya mampu merungut je sampai kekawan naik bosan dengar eiyah merungut. Btw sorry pada mereka yang hari-hari dengar eiyah merungut. Sorry sesangat ! Okey lah sampai di sini je kali ini semoga bertemu lagi ya. Bye bye ! :')

Friday, 19 July 2013

Syukur Alhamdulillah


Alhamdulillah syukur terhadap Illahi, the final result are out 18 Julai 2013. Alhamdulillah aku lulus semua subjek sem dua tak ada nak kena repeat paper bagai. Akhirnya aku tak payah dah nak hadap sem lepas, or nak carry subjek sem dua. Sumpah sem dua sangat mencabar bagi aku ! Macam-macam dugaan aku dapat time sem dua, dan aku harap ia adalah pengakhiran buat aku. Serius aku bersyukur sangat sebab pointer aku meningkat, akhirnya aku dapat juga cecah 3.0 ke atas, Ya Allah aku dapat dengar suara kegembiraan keluarga ku. Aku tak sangka aku boleh dapat A untuk subjek Teori Kaunseling, serius aku cakap Teori Kaunseling bukan lah senang , macam-macam dugaan nak habiskan subjek ni. Ya Allah aku bersyukur sangat. Satu lagi aku paling takut subjek English 2 dan aku tak sangka aku boleh buat dan dapat keputusan yang agak cemerlang. Aku bersyukur sangat, tak sia-sia usaha aku selama sem dua. Insya Allah akan aku usaha lagi sebaik mungkin untuk sem yang bakal tiba ni. Apa-apa pun aku nak ucapkan terima kasih pada pensyarah-pensyarah yang banyak bantu aku, ahli keluarga dan rakan-rakan yang sentiasa mendoakan kecemerlangan ku, aku juga berterima kasih dan bersyukur serta redha dengan ketentuaan Allah SWT .  Dan aku harap aku akan menjadi yang lebih baik dari yang sebelumnya. Insya Allah. Ehh, sebelum aku terlupa aku pun nak ucapkan tahniah buat rakan-rakan aku yang lain yang telah meningkat pointer seperti aku, dan bagi yang menurun jangan lah sedih atau putus asa kita kena cuba selagi mana yang kita mampu bak kata pepatah "yang gagal,tidak selamanya gagal". So please jangan putus asa, cuba lagi sem yang bakal tiba ni. Btw eiyah sentiasa support korang semua dan akan sama-sama membantu korang. Cukup la sampai sini je buat kali ni, semoga kita bertemu lagi. hehehe =)

Sunday, 7 July 2013

Sem Dua Berakhir :D

Assalamualaikum. Rasanya lama sesangat eiyah tak update blog ni kan. Apa khabar semua? Alhamdulillah eiyah sihat sesangat disini, makin chubby. hehe. Eiyah nak update pasal keseronokkan habis sem dua. Ya Allah banyak gila dugaan eiyah sem dua ni, ada pahit dan manis. Ada rasa gembira, ada rasa sedih kekadang ada rasa give up dah nak belajar. Nasib ada senior yang selalu prihatin dan juga kekawan yang selalu membantu. Eiyah tak akan kuat tanpa diorang semua. Terima kasih sesangat. Eiyah cuba hadapi segala dugaan dengan tenang dan tabah kat ICYM ni. Alhamdulillah eiyah mampu hadapi sehingga habis sem dua ni. Thanks sangat pada kekawan dan pensyarah yang banyak membantu eiyah. Eiyah tak akan lupa janji korang, dan pada yang selalu "FAKE" pada eiyah tu "GO DIED" . Eiyah tak pernah kisah lah pasal korang ! time susah je nak eiyah, time senang ? herm. thanks la ya ! happy kenal pelbagai orang ni buat kita lebih matang. 
          Okey tutup cita pasal "FAKE" kita cita pasal final okey :) Alhamdulillah punya penat perah otak akhirnya berakhir juga dugaan sem dua ni. Minta sangat lah pointer eiyah naik. Boleh gembirakan hati mama abah. Eiyah gembira sekarang, nak tahu kenapa ? Hehe. Eiyah cuti sem lah ! Eiyah cuti kejap je 6 Julai hingga 17 Julai , herm. Tapi tak apa lah janji dapat cuti , yeah ! Cuti lama sangat kang otak tepu pula. hehe. Ramai dah kawan KL pasang plen nak jumpa eiyah, herm sempat ka tidak nak jumpa ni. Tak apa eiyah usaha untuk jumpa mereka yang merindui eiyah, eiyah pun merindui diorang sesangat :) Sebenarnya eiyah ada cita kelakar nak kongsi. hehe. Ni pasal last final paper haritu, time last paper 5 Julai haritu eiyah nan kawan rapat "NORAATIKA" tunggu bas tak sampai-sampai padahal paper 3.00 pm bas boleh sampai 3.15pm hish hish, lawak dan bengang gak time tu. Waktu sampai dewan semua pelajar lelaki tengok malu malu, diorang boleh lah cita bas lain-lain. hahaha. Tapi tak apa macam biasa lambat lambat pun eiyah nan tika sempat pose bergambar, haha, itu wajib ! :p
            Herm okey lah, rasanya sampai sini je kot cerita eiyah. Panjang kan cita eiyah kali ni ? maklumlah lama tak update uollss, haha. Tapi last dari eyah "tak sabar nak jadi senior,yeah !hahaha" P/S:Cermin diri dulu sebelum mengata orang/Kalau tak suka orang mengata kita, kita jangan mengata orang. Bye sayang.

mereka adalah kawan , kakak , adik , abang di saat saya susah dan senang di melaka. mereka tempat saya mengadu, mereka tempat saya bermanja, mereka tempat saya bergaduh. mereka segalanya buat saya. saya tak akan pernah lupa mereka walaupun akan berpisah lama. I love both of you fazlin n shaheerah <3 <3 <3 

ini lah "NORAATIKA BINTI MUHAMMAD YUSRI" kawan kelas, kawan luar, kawan baik dan macam-macam lah buat saya. dia baik sangat, dia kawan pertama saya kat melaka. saya tak akan lupakan dia walauapapun yang akan berlaku. harap hubungan kita berdua ini akan kekal lama sayang baby atika <3 <3