Teori pemusatan klien berasaskan konsep psikologi kemanusiaan. Rogers (1942) membuat andaian bahawa manusia ialah individu yang boleh dipercayai, mempunyai potensi untuk memahami diri mereka sendiri dan menyelesaikan masalah sendiri tanpa campur tangan daripada ahli terapi. Mereka boleh menggalakkan perkembangan diri mereka jika mereka menjalani hubungan teraputik yang khusus. Pada peringkat awal lagi Rogers menekankan pentingnya sikap dan ciri-ciri yang perlu dimiliki oleh seorang ahli terapi dan hubungan antara klien dengan ahli terapi yang berkualiti sebagai asas penting bagi menentukan kejayaan dan keberkesanan proses kaunseling yang teraputik. Seterusnya, beliau menegaskan bahawa perkara lain yang perlu dimiliki oleh ahli terapi ialah pengetahuan daripada aspek teori dan penguasaan teknik yang teraputik.
Konsep penting
Pandangan tentang sifat manusia.
Rogers (1942) telah memperkenalkan teori umum bahawa kepercayaan asas tentang kebolehan klien untuk bergerak ke hadapan dalam keadaan yang membina jika terdapat suasana yang menggalakkan perkembangan. Beliau percaya bahawa jika seseorang itu mendapati teras dan kekuatan dalam dirinya maka orang tersebut dapat menemui kepercayaan di dalam diri. Ini merupakan tumpuan utama cirri-ciri positif di dalam diri seseorang.
Menurut Rogers (1987), manusia boleh diberi kepercayaan, tahu mencari jalan, boleh memahami diri mereka sendiri, boleh membuat perubahan yang membina dan boleh menjalani kehidupan yang berkesan serta menghasilkan sesuatu yang baik. Apabila ahli terapi dapat benar-benar menghubungi dan menyelami kehidupan klien yang sebenar secara mendalam, mengambil berat, member perhatian, dan tidak berat sebelah dalam memahami klien, maka besar kemungkinan klien akan mengalami perubahan yang ketara.
Rogers (1987) menolak andaian bahawa manusia ialah individu yang tidak boleh dipercayai,perlu dipaksa, digalakkan, diarahkan, didenda, diberi penghargaan, dikawal, dan diuruskan oleh orang lain yang lebih berkuasa,lebih tinggi kedudukannya atau pakar dalam bidang tertentu. Ia yakin bahawa manusia memang dari mula lagi sudah mempunyai satu kecenderungan dan keupayaan semula jadi untuk berkembang peringkat demi peringkat menuju ke arah nirwana kendiri.
Beliau menekankan bahawa terdapat tiga sifat ahli terapi yang boleh mewujudkan suasana menggalakkan pembinaan diri seseorang sehingga membolehkan mereka bergerak maju, menjadi apa yang mereka mahu dan boleh lakukan. Tiga sifat itu ialah :
a) Kongruens (Keikhlasan dan ketulenan)
b) Penerimaan tanpa syarat (sedia menerima dan mengambil berat)
c) Empati (kebolehan menyelami secara mendalam perasaan orang lain
Menurut Rogers (1987), jika semua sifat ini digunakan oleh kaunselor, klien akan menjadi lebih berdikari, lebih terbuka terhadap diri sendiri, tidak bersangka buruk dalam kehidupan dan dapat bergaul dalam masyarakat dengan cara yang lebih membina.
Matlamat Kaunseling
1. Bertujuan untuk menyediakan peluang, keadaan yang bebas dan membentuk suasana yang membolehkan mereka mengambil bahagian dan terlibat dalam penerokaan kendiri yang bermakna. Apabila seseorang itu dibiarkan bebas, barulah mereka boleh berfikir untuk mencari suatu jalan penyelesaian sendiri.
2. Mencabar klien membuat perubahan yang membawa mereka kepada kehidupan yang sebenar-benarnya . Kesedaran ini memerlukan usaha yang gigih daripada klien untuk mengatasi masalah yang dihadapi secara berterusan. Manusia akan berusaha secara berterusan untuk membaiki diri dalam proses mencapai kesempurnaan kendiri. Secara amnya, manusia tidak pernah berasa puas hati dengan tahap pencapaiannya.
Teknik
- Mendengar, menerima, menghormati, memahami dan bertindak balas. Kecenderungan menggunakan satu teknik sahaja akan mengakibatkan sesuatu perhubungan menjadi kaku. Teknik tersebut harus berdasarkan perasaan jujur ahli terapi, dan bukan secara was-was.
Proses Teraputik
Matlamat teori pemusatan klien bertujuan untuk menimbulkan perasaan bebas dan bersepadu bagi diri setiap individu. Terapi ini berpusat pada klien, bukan sekadar tentang masalah yang diluahkan oleh klien. Menurut Roger (1977) matlamat terapi bukan sahaja untuk menyelesaikan masalah tetapi lebih daripda itu iaitu membantu klien dalam proses perkembangan agar mereka dapat menghadapi dan mengatasi masalah pada masa kini dan masa hadapan.
Menurut Rogers mereka yang terlibat dengan proses terapi sering bertanya :
Bagaimana saya boleh menjadi diri saya yang sebenar?
Bagaimana saya hendak mengenal diri saya sendiri ?
Bagaimana saya boleh menjadi apa yang saya impikan ?
Tujuan asas teori pemusatan klien adalah untuk mencipta suasana yang kondusif dalam usaha membantu klien menjadi seorang yang dapat berfungsi dengan sepenuhnya, rogers (1961) menyatakan beberapa cirri manusia yang menuju ke arah kesempurnaan kendiri :
i) Kesediaan menerima,merasai,dan mengalami reality sebenar
ii) Yakin pada diri sendiri
iii) Klien dipandu perasaan dan pemikiran sendiri
iv) Kesediaan untuk terus berkembang
Ahli terapi tidak memilih matlamat khas untuk mereka tetapi mengutamakan pandangan klien agar mereka dapat menjelaskan matlamat mereka sendiri.
Fungsi Kaunselor
i. Membantu merapatkan hubungan antara ahli terapi dengan klien
ii. Klien bebas untuk meneroka kehidupan mereka sama ada mahu bercakap benar atau berpura-pura
iii. Kurang bersikap defensif diri, lebih bersikap terbuka,bersedia menjalinkan hubungan intim dengan klien, sering bertemu,meneroka alam,bersikap penyayang,hormat-menghormati dan terbuka.
Hubungan antara ahli terapi dengan klien
Menurut rogers, terdapat enam keadaan yang akan membawa kepada perubahan personaliti :
I. Dua orang individu yang mempunyai perhubungan psikologi
II. Klien yang tidak kongruens serta mengalami kerisauan
III. Ahli terapi yang kongruens
IV. Ahli terapi menerima klien tanpa sebarang syarat
V. Ahli terapi merasai apa yang dirasa,dilihat, dialami klien dan berusaha menyampaikan perasaan, persepsi dan pengalaman klien
VI. Klien hendaklah merasai, melihat,dam mengalami bahawa ahli terapi memang sedia menerima tanpa syarat
Rogers menekankan tiga sikap ahli terapi yang amat penting bagi menjamin mewujudkan satu perhubungan yang berkesan. Antaranya ialah :
a) Keikhlasan diri dan kongruens
- Sikap kongruens merupakan sikap yang paling penting. Kongruens bermaksud hubungan ahli terapi dan ahli klien yang tulen semasa sesi kaunseling dan bersungguh-sungguh mahu memberi tumpuan kepada masalah yang dihadapi. Ahli terapi perlu mempunyai sifat ikhlas dan tidak berpura-pura.
- Ahli terapi yang kongruen mampu untuk meluahkan perasaan secara sukarela dan ikhlas sama ada perasaan marah, kecewa, dan sebagainya tetapi tidak terlalu keterlaluan.
b) Penerimaan tanpa syarat
- Sikap ini dapat menentukan rasa selesa pada diri klien.
- Diri klien dapat diterima oleh ahli terapi dengan sebenar-benarnya sama ada baik atau buruk tanpa mengenakan syarat. Sikap peka dan ambil berat tentang masalah yang diluahkan oleh klien memberi peluang kepada klien untuk bebas meluahkan perasaannya.
- Semakin mendalam perasaan ambil berat, penerimaan nilai terhadap klien maka peluang perubahan pada diri klien semakin baik.
c) Empati
- Ahli terapi hendaklah berusaha keras untuk merasai pengalaman secara subjektif
- Empati ini dapat menggambarkan bahawa ahli terapi dapat memahami perasaan klien dan seolah-olah dia juga merasakan apa yang dirasai oleh klien.
- Hasil empati akan menjadikan klien lebih yakin kepada diri sendiri.
- Langkah-langkah empati ahli terapi kepada klien adalah :
i. Memberi perhatian dan menghargai pengalaman kepada klien
ii. Pengalaman klien diproses secara kognitif dan fizikal
iii. Melihat pengalaman lampau klien dari sudut yang baru
iv. Membaiki pandangan klien
v. Memberi keyakinan kepada klien dalam membuat keputusan di masa depan
p/s : sedia untuk peperiksaan kaunseling kelompok :)