celoteh eiyahhh !

Saturday 28 June 2014

Social Ethics Dinner :)

Assalamualaikum blogger followers
Alhamdulillah, setelah lama tak mengupdate blog hari ini kita bertemu lagi di sini ya. Apa khabar semua? Eiyah di sini sihat sihat sahaja. Huh. Kali ini eiyah nak share moment eiyah pergi dinner kat Hotel King, Ayer Keroh Melaka untuk subjek Etika Sosial. Sebelum nak adakan dinner ni macam-macam perkara nak kena buat tahuuuu. Nak prepare baju, beg, kasut, shawl perhh memang susah gila lahhh habis duit dekat beratus ratus tau. Hihi. Tapi alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan sempurna. Malam dinner eiyah di make over oleh Bobo (Eiman Masdzar) make over icym. Kelas gila dia make up sampai muka eiyah lain dari yang lain, syokkk sangat di buatnya tahu. Haha. Malam tu semua glamour, macam-macam pakaian digayakan nampak cantik dan hensem semua pelajar semester lima Diploma Bimbingan dan Kaunseling. Seronok tak terkata, banyak memori telah kami ukirkan malam tersebut. Benda ni bukan sahaja untuk markah subjek kami tetapi ia juga mengeratkan lagi silatulrahim kami semua. Alhamdulillah kenangan ini akan eiyah ingat sampai bila-bila. Huh, baiklah sampai di sini sahaja untuk kali ni. Semoga bertemu lagi. Sebelum tamat jom lah tengok gambar-gambar dinner kami kat bawah ni. Semoga terhibur ya, chowww :)

suka suki kami rakan sekelas semester lima, glamour ke idok?

eiyah selepas di make over oleh Bobo, glamour kan?

bersama pensyarah Etika Sosial