celoteh eiyahhh !

Saturday 29 December 2012

"International College Of Yayasan Malacca"

Hi people. Assalammualaikum.
Ohkeyy hari nie aku nak cerita tentang ICYM. Mesti korang nak tahu kenapa ICYM bukan MiCost ke,UiTm ke,UTM ke,Lim Kok Wing ke kankan? Ohkey actually... ICYM tempat aku belajar. Kenapa pilih ICYM sedangkan banyak tempat lain? Ohkey ini permulaan pertama aku sebelum nak jadi guru. Aku amik DIP.BIMBINGAN DAN KAUNSELING kat ICYM nie so ini lahhh jalan pertama aku nak bina kerjaya aku nanti.Aku dapat macam-ii tawaran tapi semua bukan aku minat aku nak jadi seorang guru bukan jururawat ke,kerani ke,pegawai pemasaran ke ! Aku memang nak jadi GURU aku nak membantu semua orang untuk berjaya dan dapat maju kan negara kita MALAYSIA ni biar pun aku hanya amik DIP kat kolej. Takpee ada rezeki aku sambung IJAZAH kat IPTA pulak semua ikut pada kerajinan masing-ii. Ohkey first time datang sini aku rasa sedih sangat sebab aku akan tinggalkan mama , abah , kakak dan adik laki yang aku sayangi. Aku menanggis time dorang tinggalkan aku kat sini maklumlah aku tak pernah berpisah nan dorang walaupun sekali. Aku rindu dorang sesangat. Hmm, pastu kan selama tiga hari aku menjalani HALUAN SISWA(orientasi) dari first aku datang 12 Dic ingga 14 Dic. Ohkey best laa juga sebab ia dapat mengubah diri kitaorang menjadi yang lebih baik dan dapat mengajar kita orang tempat-ii yang ada kat kolej. Hurmm,nak cerita apa lagi ekk?? Hurm , Ohkey nak cerita tentang #housemate alhamdulillah diorang semua baik dan sporting so takda laa aku nak nanggis or sedey kan? Aku kenal Alyn , Aliya and Ieka dak negori, Shasha dak sini(MELAKA), Fieqa dak Shah Alam, Kak ering dak Klang dan senior aku Kak Shah dak JB. Diorang nie memang gila-ii aku cakap. Hee~~ Kitaorang salu share barang jika masing-ii tak ada. Hurm tapi kadang-ii ada juga kes tak puas hati satu sama lain maklum laahh "Rambut sama hitam,Hati lain-ii". Pejam celik dah 3Minggu aku kat sini haha bangga sangat sebab tak pernah berdikari seumur hidup salu bawah ketiak mama jerr. Huhuhu. Lega rasanya berjaya hidup sorang,ingat susah sangat tapi susah bila RINDU !
#Classmate Dip.Bimbingan Dan Kaunseling
Ohkey first class aku kenal seorang gadis comel dengan reben di atas kepala nama dia Noraatika Binti Yusri. Dia lah kawan rapat aku kat kolej,walaupun dia freehair tapi dia baik sangat tahu. Seronok kawan nan dia dapat share macam-ii. Pastu kawan kedua aku mek kelate,wah comel sesangat tahu tak. Memang orang kelantan nie comel-ii kan? Kami bertiga selalu share benda bersama , study sama, makan sama dll. Seronok lah kenal dorang. Classmate yang lain pun baik-ii belaka tahu ada Shakey ,Lolisia,Yana,Fara,Erra dan ramai lagi laahh. Kat kelas ada sorang jer laki tahu nama dia Aznir dia dari Sarawak budaknya pandai sangat tapi dia blurr siket tapi takpa sebab dia baik ohkey. Kat kelas juga ada sorang yang digelar "MAK" dia berumur 23 tahun dan dah ada seorang anak. Ramai juga tak minat dia sebab dia suka cerita tentang keluarga dia walaupun time belajar. Sampai kan kitaorang dan Lect naikk muak dan malassss sesangat nak dengar dan layan. Bukan nak pinggirkan dia tapi dia dah 23 tahun cuba berfikiran matang siket bagi semua orang senang nak bergaul sampai nak wat presentation semua tanak buat dengan dia. Hmm sian aku tengok tapi entah lahh. Tutup cerita tentang #Classmate.
Kerja banyak pecah kepala
Ohkey tak dinafikan kerja da banyak walaupun baru 2 minggu belajar. Dengan assigmentnya, ujian, presentation lagi, kuiz dan macam-ii lagi. Sampai kan aku menanggis di buat nya gara-ii stress. Ohkey memang ramai kata aku mampu buat tapi sejujurnya aku takot dan tak mampu. Aku nak berjaya tapi aku takut aku tak mampu. Tapi aku kena buat juga ! Kalau semua orang yakin aku boleh so aku pun kena yakin aku boleh kan?Hmm alhamdulillah aku berjaya dapat 7/10 time presentation. Bersyukur sesangat ingat tak mampu langsung,ohkey laahh 7 dari 5 kebawah. Hurm. Minggu depan new year semua balik rumah tapi aku sibuk buat kerja sampai tak dapat balik. Takpe bersusah dahulu senang kemudian kan? Ohkeyy laahh aku dah tak ada cerita , so sampai sini jer cerita aku. Thankss sangat pada korang yang follow aku nie. Daaaa :)

time nie aku dan housemate tengah ada minggu haluan siswa kat Dewan Kuliah Kolej Yayasan Melaka

housemate aku kat Asrama Siswi Kolej Yayasan Melaka 

 hee nie lah katil aku pink kan? HELLO KITTY

 kawan rapat kat Kolej Yayasan Melaka Tiqa gadis reben dan Mira mek kelate

aku dan dua gadis classmate yang comel Tiqa dan Shakey

 last picture kat kolej untuk tahun 2012 sebab next week dah new year. yeay new year

ohkey kawan rapat kat asrama sisiwi kolej yayasan melaka alyn







Monday 19 November 2012

istanbul aku datang !

Assalammualaikum semua...
Harini e-yah nak cerita tentang pengalaman tengok filem Istanbul Aku Datang ! E-yah tengok cerita nie hari sabtu lepas 17 november kat MBO KL Festival City. E-yah pergi dengan kakak dan adik tercinta. heee :D
Cerita nie menarik sangat romantik komedi pun boleh juga dikatakan. Ramai yang ketawa time babak yang kelakar. Tapi bapak sedih bila Lisa kena tipu dengan Tomok. Aduyai. Nasib baik ada Beto yang dapat menjaga Lisa. E-yah paling pantang bila kita tak curang di tuduh curang padahal diri dia sendiri yang curang !
Itulah lumrah percintaan. Geram jugak tengok Tomok tu tapi takpe la sebab dia jambu gitu. Pelakon cerita nie memang terbaik lah buat E-yah. good luck untuk barisan pelakon cerita nie. So e-yah tinggalkan sipnopsis dan gambar yang menarik kat bawah nie okey... Kata kata terakhir sokonglah filem tempatan kita 5 bintang untuk Istanbul Aku Datang ! 

cover foto Istanbul Aku Datang !

nie laa babak romantik Lisa Dan Tomok..


nie laa gambar kami dengan cover Istanbul Aku Datang !





Saturday 17 November 2012

berjalan sakan :D

Assalammualaikum.....
Fuuuhhh penat gila hari ni dibuatnya...Berjalan sakan dengan kakak e-ina..Niat di hati nak beli tiket bas tapi tersasar pergi shopping sekali kat Berjaya Times Square..Budget banyak lari kot.. HAHA...Nak tengok wayang tapi wayang start pukul 4 tapi terlambat pulak..HOHO.. Lepastu pergi kolam renang pulak.. Adoyai.Penat sesangat... So kat bawah nie laa gambar kami bersama :D


time nie tunggu LRT nak pergi hentian putra :D


Dekat jejantas menuju ke hentian putra. Haha, kat mana mana je boleh bergambar :D


dalam monorel nak kee times square. naik monorel cam naik kuda time nie. HAHA


with sis kat times square :D



nie laa barang yang kakak e-ina beli tadi. budget lari kot. HAHA :)



gambar nie kat kolam renang :D












Wednesday 30 May 2012

lulus dengan cemerlang :)

akhirnya aku berjaya P.. amin.. aku semakin yakin bahawa aku boleh.. HAHA.. terima kasih allah.. tahniah juga buat IRNA BINTI IBRAHIM  kerana lulus P dengan jayanya... Amin ...

Wednesday 25 April 2012

gadis muslimah !

Assalammualaikum.....

Pernah tak tengok gadis sebegini? mesti penah an? atau baru first time tengok? hish2, tamo laa first time. hmm, berbalik pada topik aku gadis muslimah.. nampak sopan jee kan kalau macam nie? sapa cakap tidak biar aku tikam mata dia jee senang buta terus. buat apa tengok gadis2 yang terdedah2, baik kita tengok gadis gadis sebegini. sedap beb mata memandang :)


aku tak kata aku nie muslimah sangat. tapy paling tidak kena lah tutup atas bawah. betul tak? jangan lah pulak luaran muslimah dalaman setan. haish. tak baik. satu lagi kalau bertudung tu biar lah sampai bila bila, jangan kerana fesyen. dan jangan lah time kerja buka tudung tu, haish munafik lah camtu. so ingat lah jadi diri 
sendiri lebih baik. aku memilih untuk jadi wanita soleha walaupun aku ganas :)
chhhiiiiillllll dari aku.....