celoteh eiyahhh !

Friday 19 July 2013

Syukur Alhamdulillah


Alhamdulillah syukur terhadap Illahi, the final result are out 18 Julai 2013. Alhamdulillah aku lulus semua subjek sem dua tak ada nak kena repeat paper bagai. Akhirnya aku tak payah dah nak hadap sem lepas, or nak carry subjek sem dua. Sumpah sem dua sangat mencabar bagi aku ! Macam-macam dugaan aku dapat time sem dua, dan aku harap ia adalah pengakhiran buat aku. Serius aku bersyukur sangat sebab pointer aku meningkat, akhirnya aku dapat juga cecah 3.0 ke atas, Ya Allah aku dapat dengar suara kegembiraan keluarga ku. Aku tak sangka aku boleh dapat A untuk subjek Teori Kaunseling, serius aku cakap Teori Kaunseling bukan lah senang , macam-macam dugaan nak habiskan subjek ni. Ya Allah aku bersyukur sangat. Satu lagi aku paling takut subjek English 2 dan aku tak sangka aku boleh buat dan dapat keputusan yang agak cemerlang. Aku bersyukur sangat, tak sia-sia usaha aku selama sem dua. Insya Allah akan aku usaha lagi sebaik mungkin untuk sem yang bakal tiba ni. Apa-apa pun aku nak ucapkan terima kasih pada pensyarah-pensyarah yang banyak bantu aku, ahli keluarga dan rakan-rakan yang sentiasa mendoakan kecemerlangan ku, aku juga berterima kasih dan bersyukur serta redha dengan ketentuaan Allah SWT .  Dan aku harap aku akan menjadi yang lebih baik dari yang sebelumnya. Insya Allah. Ehh, sebelum aku terlupa aku pun nak ucapkan tahniah buat rakan-rakan aku yang lain yang telah meningkat pointer seperti aku, dan bagi yang menurun jangan lah sedih atau putus asa kita kena cuba selagi mana yang kita mampu bak kata pepatah "yang gagal,tidak selamanya gagal". So please jangan putus asa, cuba lagi sem yang bakal tiba ni. Btw eiyah sentiasa support korang semua dan akan sama-sama membantu korang. Cukup la sampai sini je buat kali ni, semoga kita bertemu lagi. hehehe =)

No comments: